Bila Pelajar aliran sains bercinta…..
Di ambang sore nan hening.
Aku : Kasihku, ketumpatan cintaku padamu ialah
jisim hatiku di bahagi isipadu jantungku. Masihkah
kau tidak membuat sebarang anggapan??
Kau : Aku tidak percaya kepadamu kerana kau
ada kekasih baru untuk menjalankan tindak balas
penggantian ke atas diriku.
Aku : Kau jangan salah ertikan kecerunan garis
lurus hatiku ini, kerana aku dan dia masih lagi
unsur dan bukannya sebatian.
Kau : Tapi, aku berasa seperti kasihmu berkadar
songsang dengan
kesetiaan yg kuberikan.
Aku : Tapi, cintaku padamu adalah pemalar!
Kau : Aku masih belum mengerti lagi kerana
penyelesaian yang kau
berikan masih lagi belum sahih.
Aku : Tapi, aku mengamalkan hukum newton
ketiga di mana tindak
balas cintaku bersamaan dengan cinta yg kau
berikan.
Kau : Kau jangan bohong! Aku telah mengetahui
bahawa kau adalah
‘random’ yg mempunyai janji-janji manis yg
bergerak secara rawak.
Aku : Itu adalah fitnah yg telah tersebar melalui
proses
pencaran dan perolakan.
Kau : Tetapi, mengapa kau membuat tempoh
perkahwinan
kita mengalami rintangan?
Aku: Aku harus menggunakan perintang boleh
laras
untuk mengurangkan rintangan itu.
Kau: Adakah kita akan berpadu secara kimia?
Aku: Itu masih belum diketahui, tetapi hasilnya
nanti
dapat dilihat dengan menggunakan mikroskop
cahaya.
Kau: Aku khuatir kau akan bertemu dengan yg
lebih aktif dan
bertindak balas dengannya.
Aku: Nampaknya, kita sedang bercinta tiga segi
dan haruslah menggunakan
hukum-hukum penyelesaian segi tiga untuk
menyelesaikannya.
Kau: Tapi, aku telah memberi cintaku dalam
magnitud dan arahnya sekali.
Masihkah kau tidak percaye?
Aku: Ya, aku percaye. Tetapi aku mahu semua itu
dalam bentuk lazim.
Kau: Itu semua boleh diabaikan, yang aku mahu
ialah tempoh perkahwinan
kita harus mengalami pecutan yg seragam.
Aku: Kau harus bersabar, kerana sabar itu 0.5 dari
iman.
Kau: Tapi, imanku adalah infiniti!
Aku: Aku tidak fikir yang iman kau infiniti kerana
kau belum mendarabkannya
dengan 6×10′23.
Kau: Kau membuat kemarahanku meruap-ruap.
Nanti bila tekanan ku melebihi
tekanan udara, kau jugak yg susah kerana aku
akan mengalami hemolisis.
Aku: Aku sekarang bukan aku yg dulu lagi, aku
telah mengalami plasmolis.
Kau: Kau betul-tul menyakitkan hatiku ini. Ku
sangkakan kau intan, tetapi
rupa-rupanya kau grafit. Pergi kau dari sini.
Biarkan aku sendirian……..
March 21st, 2006 at 9:17 am
huh?!!
January 30th, 2007 at 10:33 pm
hebat…mmm